Wednesday, 11 November 2015

Tips apply kerja untuk fresh graduate

Anda fresh graduate? Anda menghadapi masalah dalam mencari kerja? Saya boleh membantu anda. Tunggu apa lagi, tekan ON FRESH GRADUATE hantar ke 32999 sekarang. Yes sekarang juga.
Haha oii jangan buat betul2, handphone ko kena virus kang.

Sebagai fresh graduate yg sendu beribu bahasa, aku tersangat la paham perasaan dan masalah yg dihadapi oleh manusia2 seperti ku ini. Jadi sebagai insan yg ada la serba sikit ilmu duniawi meskipun tak seberapa ilmunya, sudilah kiranya anda membaca tips ini bagi mendapatkan gambaran yg lebih pheww! *da kenape
Okayy sebenarnya sebagai freshie dalam industri perkerjaan, (penggunaan bahasa perlulah umphhh untuk mendapatkan impak yg lebih) banyak sangat benda yg perlu dititik beratkan untuk cari kerja. Lemme list one by one okayy


  1. Tempat kerja. Cari kerja kat tempat yg kau betul2 boleh pegi dengan kudrat tulang empat kerat kau. Kalau rasa tempat kerja jauh dari tempat tinggal and you dont even know macam mana nak pegi kerja nanti so jangan gatal2 nak apply for that job. Stay kat Selangor tapi apply keje kat Johor. Abah kau!
  2. Apply kerja yg ada kaitan dengan kelulusan dan course. Jangan la kelulusan degree tapi hangpa bantai apply kerja untuk kelulusan PHD. Memang sampai kesudah tak dapat kerja. Relation between what course you are taken and what job you apply pon penting dan ianya perlulah bergerak seiring dan sejalan. But depends on what kind of job jugak la. Kalau kerja bahagian management tu kebanyakan course boleh ngam. Cuma candidates yg ada background management akan diberi keutamaan. Jangan la course account tp apply kerja doktor gigi. Songsang kemain impian cita2 hekau tu kak oii
  3. Baca job requiremenst betul2. Required languange, required skills, umur, mobilized ke tak, working location kat mana and semua tok nenek tu. Kalau kau lebih banyak tak memenuhi kriteria yg diperlukan, better kau chaulobeteh awal2. 
  4. Working Experienced! Ni la masalah besar kepada insan2 fresh graduate, Sebab most of job and company nak kita punya working experienced bekerja dalam bidang yg sama. Experienced part time as promoter yg time dolu2 tu in sha Allah dia pandang sebelah mata je. Apa yg aku buat untuk tangani masalah ni? Aku still apply tapii apply kerja yg nak working experienced dalam dua tiga tahun jela. Kalau dia nak working experienced 4 5 tahun maka dipersilakan say babai to that job. Engkorang pon tengok2 la jugak position yg di apply tu. Makin tinggi position makin lama la experienced dia mintak. Fresh graduate tp apply position senior executive gaji 5000++. Tu memang melampau la namanya.
  5. Baca job descriptions betul2. Engko mampu tak buat kerja2 yg diperlukan. Kalau rasa boleh go dengan kerja2 tu then dengan segala hormatnya dipersilakan apply. Tapi kalau rasa kerja2 tu di luar kemampuan kau, maka jangan la berlagak riak takbur pegi apply jugak. Jangan memalukan diri sendiri okayy.
  6. Gaji! Kita ada hak untuk demand for better and better salary. Wahh mata duitan patinn ye! But it also depends on certain things la. Macam kelulusan, position, company. Malaysia da tetapkan standard salary for each kelulusan. So kalau company tu offer gaji below than your expected salary, you have the right to demand for that. Tapi tapi tapii sebagai fresh graduate yg berbudi bahasa bersopan santun lagi lemah lembut, jangan demand pasal gaji please. Memang la kita nak gaji yg sepatotnya tp kadang2 kena sedar diri sikit kot. Sebagai freshie, kerja apa je yg ko mampu buat dengan gaji 2000++? Dalam hal ni ko kena pikir rasional sikit ok? Selalunya basic salary untuk fresh graduate degree dalam 1500++. Dan amount tu akan naik from time to time depends on your performance. Lagi satu pasal gaji ni, buat la congak matematik sikit before apply. Berbaloi tak gaji tu dengan cost kau nak pergi kerja, duit makan, duit shopping, duit nak bg parents, duit nak belanja girlfriend, duit nak saving, duit nak bayar hutang. Nampak remeh tapi tersangat la penting untuk masa depan.
  7. 'Fresh graduate encourage to apply'. Aku sangat teruja bila ayat berupa begini ada dalam job descriptions. Rasa macam baiknya engko tak menganak tirikan insan2 fresh graduate. Disaat company lain sebok nak working experienced at least 20 years, 50 years, tapi tidak di company mu. Aiyebiu la company2 macam ni. Maka sila lah beri perhatian kepada ayat ini okay geng2 fresh graduate ku!
  8. Application dateline. Sepatotnya ni la benda ko kena jeling awal2. Tak ke frust bila kau da khusyuk layan baca detail2 job tu, hati pon da berkenan habis, da isi form semua dan tetibe tengok expired date da setahun lepas. What a sad story la bro!
  9. Double check. Bila rasa da lulus dengan job decsriptions, da isi form, attach resume semua da perfect then dengan gembira bahagianya sent la job application tu. Dan tunggu la respond dari mereka untuk dipanggil interview. By the way before nak apply tu please double check your resume, the details and spelling as well. Bak kata lecturer aku, some company sangat dengki dengan kesalahan2 kecil such spelling, turutan nombor, huruf besar/huruf kecik dan dijadikan sebagai alasan untuk tak hire kita. So as precaution make sure tiptop kan hal2 seremeh itu.
  10. Tunggu respond company. Akan ada tiga kemungkinan. First company respond reply by email atau call untuk panggil interview. Second, company reply tapi just nak inform position yg ko apply dah tak available. Last, no reply, no call, no respond. So maksodnya sendiri mau paham la, diibaratkan macam 'nombor yg anda dail tiada dalam perkhidmatan, sila cuba lagi'.
  11. Interview. Kalau kena panggil interview, better pegi la. Kalau tak dapat kerja kat situ pon at least kau gain experience di interview kat company tu. Lain company lain cara interview nya. Serious I cakap. So at  the end kau akan dapat macam2 bentuk interview. (macam dalam buku cakap, interview ada banyak bentuk. Baring, duduk, tergolek semua kau da lalui). Tapi kalau kau memang tak boleh attend interview tu, inform company berkenaan yg ko tak boleh pegi interview dan sertakan sebab2 yg munasabah so that nanti nama kau takdela di blacklist dimasa akan datang. Gittuw!
  12. Final decision. Lepas interview, company perlukan masa seminggu ke dua minggu kadang2 berbulan2 (berbulan tu kalau kes yg dia tak statekan apa2) untuk buat keputusan sama ada berjaya atau tak. Kalau berjaya, dengan berbesar hatinya silalah melapor diri. Kalau berjaya tapi taknak pegi, (ade choice lain ke hape) silalah mengsopan santunkan diri anda inform that company yg kau reject offer dia atas sebab2 yg terpaksa dirahsiakan. Nescaya company tu pon akan blacklist nama kau secara rahsia juga.
Habis la sudah step what should you do from A to Z. Selagi tak dapat kerja yg memenuhi citarasa, selagi tula kau kena ulang same things again and again sampai mission kau berjaya. Semoga tips yg tak seberapa ni berguna untuk kejayaan career masa depan anda! Okiess renung-renungkan dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment