Puncak Alam?
"Tempat tu keras weh"
"Jalan kat Puncak Alam gelap weh"
"Ade hantu Mona Fendi kat situ"
Antara ayat2 yg buat kau rasa betapa scary nya 'Puncak Alam'. Kalau tak cukup scary lagi, ce try google. Berderet cerita hantu Palam sana sini. Dan lepas kau da dengar macam2 pasal Palam then kau dapat tahu kau kena pindah kampus kat sana untuk semester terakhir? Please imagin perasaannya macam mana.
So kita orang pon gigih cari rumah sewa memandangkan budak final semester memang susah untuk dapat kolej. Gigih punya gigih finally kita orang dapat sewa rumah teres dua tingkat (3 bilik, 3 tandas). Secara mata kasarnya rumah tu sangat ok. Takdela ada kesan darah ke, ada tangkal ke semua tu takde. Rumah tu sangat normal even first impression kau "wahhh lawanya rumah ni" dan time first time masuk rumah pon takdela bulu roma naik ke nampak bayang2 ke hape. Takde ok. Cuma keadaan dalam rumah tu agak huru hara, bersepah dan berhabuk sebab penyewa sebelum ni pencinta kekotoran yg tegar. So, hari first ktorang dipenuhi dengan aktiviti pulun membasuh mengemas rumah sental berus mana2 yg patut.
Kedatangan 'penghuni' itu bermula pada malam tersebut. Malam tu dua housemate aku duduk bawah (yg lain semua kat atas). Fara kat dapur, Pika tengok tv. Nak dijadikan cerita Fara yg tengah dok kat dapur dengar suara orang bagi salam. Dia pon jawab la salam sambil pegi ruang tamu.
"Eh pika, siapa datang?"
"Mana ada orang datang"
"Aku dengar ada orang bagi salam dari dapur tadi"
"Mana ada orang bagi salam la Fara"
.................
Isnin. Selasa. Rabu. Khamis. Jumaat. Sabtu. Ahad.
Eh takde papepon dengan hari2 tu. Just nak bagitau lepas dari kejadian tu nothing happened at all. Takdela at all sangat. Ada la kena kacau sikit2 tapi not at the same time. Boleh dikatakan semua housemate aku dapat salam perkenalan dari 'dia'. Rentetan cerita ni tak ikot flow sebab aku tak ingat siapa yg kena dulu.
Menyamar.
Malam tu Jannah tengah mandi. Then dia terdengar Fara ketawa mengekek2. Lepas siap mandi Jannah tanya Fara.
"Kenapa kau ketawa tadi?"
"Mana ada aku ketawa"
"Aku dengar kau ketawa tadi"
"Mana ada. Aku main handphone je dari tadi"
................
Banyak kali jugak la 'dia' menyamar guna suara. Ni based on experienced aku sendiri. Aku pernah dengar suara Pika gelak ketawa. Hakikatnya time tu Pika balik kampung. Lagi satu kes, time tu ktorang tengah buat assignment kat ruang tamu, tiba2 aku dengar suara orang bagi salam mendayu2 siap sebut nama aku lagi "Assalamualaikummmmmmm, Fatinnnnnn..". Yg peliknya dalam ramai2, dua orang je yg dengar suara tu. Hmmm. Kes2 jelmaan suara macam ni happened a few times jugak la but so far semua tak memudaratkan dan di tahap yg terkawal.
Kisah yg paling scary bila 'dia' menjelma jadi something and this was happened to my roommate. Ktorang tidur 3 orang satu bilik, Nak dijadikan cerita tengah malam tu Bella terbangun and nampak Anis tengah duduk melunjur atas tilam sambil kepala tunduk. Tapi Bella tak tegur dan terus tidur. Esoknya dia tanya la Anis kenapa dia tidur duduk, kenapa tak baring. Dan jawapan dari Anis sangat membuatkan ktorang rasa nak pindah rumah. Apa Anis jawab?
"Aku tidur kat depan tv la semalam dengan Nadrah, ktorang tak naik bilik"
"Aku nampak kau ada la kat atas"
"Yg kau nampak tu Fatin kot"
"Fatin aku nampak tengah baring tidur. Kau tengah tidur duduk"
................
Tu jelmaan yg paling klimaks gile la bagi ktorg sebab 'dia' da berani munculkan diri. Tapi nasib baik dia tak tunjuk muka. Tu memang nasib baik gile la kan. So dari cerita2 ni ktorang buat kesimpulan 'dia' yg selalu main2 dengan ktorang tu mungkin Islam sebab mostly 'dia' main dengan ktorang dengan bagi salam. Dan 'dia' mungkin spesis baik sebab 'dia' cuma kacau yg ringan2 je dengan ktorang. Sepanjang duduk rumah tu alhamdulillah no histeria, no gangguan yg dashyat, no trauma dan takdela insiden panggil ustaz tengah malam ke hape. Thanks Allah! Sebab tu aku cakap mungkin 'dia' spesis baik yg tahu ktorang datang situ untuk belajar demi segulung ijazah yiihaaaa! *tetiba
So thats all cerita yg not that scary but pengalaman yg takkan dilupakan. Yela, satu semester serumah dengan 'penghuni' lain, can u imagin that? But alhamdulillah ktorang survived for 6 months! Actually 'benda' tu ada je kan kat mana2. Cuma kita kena pandai2 behave kat mana je kita berada. Sebab tu orang tua selalu cakap kena sentiasa beringat lagi2 kat tempat baru, jangan cakap besar, solat jangan tinggal, baca quran, doa minta perlindungan dari Allah. Dan itu jugak la yg ktorang amalkan. Aku percaya selagi hubungan kita dengan Allah terjaga, takde apa yg perlu dirisaukan sebab Dia sentiasa ada untuk jaga kita :)
No comments:
Post a Comment