Friday, 30 October 2015

Kenapa takut kucing?

Hai hai hai!
Siapa kat sini takut kucing say heyyyy. Uishh ramainyaa! Kite geng!

Kenape takut kucing?
"Bukan takut, cuma geli". Yess geli. Beza tau perasaan takut dengan geli. Aku boleh je pegang kucing, belai kepala dia, usap belakang badan dia. Tapi sentuhan yg ringan2 jela. Takdela sampai nak menggendong dia, timang2 peluk2. Oh no! Terjun bangunan la kalau aku buat macam tu. 

Tapi hakikatnya aku memang tak suka, tak minat dan takde hati dengan kucing. Tapi takde la sampai benci, anti gila, tak puas hati sampai "haa ko datang dekat aku bunuh kau!", ha takde la over teruk sangat cenggitu. Tak ok, tak. Aku lagi prefer ular daripada kucing. Kalau ular yg jenis jinak tu uishh kemain relax chill je bila orang sarungkan rantai berupa ular hidup kat aku. Siap boleh bergambar buat peace senyum sampai nampak rahang gigi pon takpe. Tp takat tu jela, takde la sampai loving gile kat makhluk tu sampai "alolo meh sini timang meh, ala comelnya diaa", no ok!

Taktau kenapa aku memang tak boleh nak gi dengan kucing. Aku lagi rela peluk cium tiang lampu daripada peluk cium kucing. Oh tiang lampu, marilah syg, marilah intan, marilah payung!
"Entah pape la minah ni. Kucing pon takut"
"Wei ni kucing la bukan rimau!"
"Kenapa kau takut kucing eh?"
Rasa nak bom je orang yg suka tanya soalan macam ni kat aku. Ingat aku nak sangat ke takut kucing. I takde pilihan okay tsikk tsikkk *tersedu-sedu nangis sebelah kucing. Aku pon ajaib bin heran, pehal peghangai aku ni pelik semacam. Kadang takut kucing, kadang boleh usap2 belai2, amende kau nie patinn. Lalu aku pon bertanya kepada pakcik google dengan ayat yg berbunyi "kenapa sy takut kucing ya pakcik?"

Jawapan pakcik google sangat mengecewakan sebab dia kate aku ade penyakit Ailurophobia. Penat kite makan makanan berkhasiat hari2 tau, senang2 awak cakap kite berpenyakit *nangis lagi.
Based on information yg pakcik google bagitau, orang takut kucing ni disebabkan beberapa faktor:-
  • Percaya pada tahyul/mitos kucing membawa sial. Choiii. Zaman gadget, zaman Iphone yg belambak2 sekarang ni rasanya dah takde kot orang percaya benda macam ni. Come on la kucing yg comel kau cakap pembawa sial. Uishhhh
  • Tak suka binatang, alergic pada bulu kucing dan kucing dianggap haiwan yg kotor. Hmmm alasan alergic bulu kucing tu boleh terima la tapi yg tang kucing haiwan kotor tu hmmm. Macam tak patut je. Kucing tu antara binatang kesukaan Nabi Muhammad SAW tau. Takkan la nabi suka binatang yg kotor kan. Pikir oi pikir!  
  • Phobia kucing. Ni alasan yg paling logik kot. Phobia. Sebab some people pernah kene cakar, kene gigit, kene kunyah dengan kucing so sebab tu dia phobia. Sama la jugak kes orang takut lipas, takut ulat bulu, takut semut. Oii binatang2 tu kecik cinonet je yg korang takut kenapa?? Tak boleh nak jawab kan soalan tu wahai hatters2 lipas sekalian. Now you feel me!
Tapi pakcik google tak berjaya jawab soalan aku dengan tepat sebab aku langsung tak tersenarai dalam list kategori kat atas tu. Maka aku pon mereka jawapan sendiri. Hmm sebab penyakit keturunan kot haha! Nak kene hempuk dengan keturunan dia agaknya budak ni. Keturunan2 kau semua cat lover, sampai kau je hancuss. Eh tp my mummy jenis biasa2 je dengan kucing takdela pencinta kucing sangat pon. Dia tak suka kucing dekat dengan dia, tp bila kucing ada kat sebelah dia takdela lari sampai tak cukup tanah. You get my point kan? So aku rasa aku spesis macam mummy kot. But my little sister lagi kritikal sebab dia boleh menangis bila tengah makan kat kedai tiba2 kucing datang lepak chill2 bawah kerusi dia. Kucing tu pulak saje dia je golek baring2 bawah tu. Serious annoying gila kucing macam tu!

Kenapa kucing suka dekat orang yg takut kat dia? Jeng jeng jengg pakcik google menjawab
"Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya. Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya"

Lalu aku pon speechless selepas membacanya. Macam berhantu pulak statement tu haha. Okayy as a conclusion, aku bukanlah jenis yg takut kucing sangat pon cuma aku tak suka perbuatan kucing pd manusia. Ko cakap nie patinn apee? Hmmm aku tak suka 'kegiatan' kucing yg suka menggedik gesel2 badan dia kat kaki orang. Manja la kononnya tuh? Huhhh. Dan aku tak suka gejala kucing yg suka lompat2 atas orang. Ha paham? Aku pantang kucing gesel2, lompat terjah2 orang. Memang nak kene sembelih la kalau buat macam tu kat aku. I'm warning you, kucing!

Acai and Luna, kucing2 kesayangan my dad. 

No comments:

Post a Comment