Friday, 30 October 2015

Kenapa takut kucing?

Hai hai hai!
Siapa kat sini takut kucing say heyyyy. Uishh ramainyaa! Kite geng!

Kenape takut kucing?
"Bukan takut, cuma geli". Yess geli. Beza tau perasaan takut dengan geli. Aku boleh je pegang kucing, belai kepala dia, usap belakang badan dia. Tapi sentuhan yg ringan2 jela. Takdela sampai nak menggendong dia, timang2 peluk2. Oh no! Terjun bangunan la kalau aku buat macam tu. 

Tapi hakikatnya aku memang tak suka, tak minat dan takde hati dengan kucing. Tapi takde la sampai benci, anti gila, tak puas hati sampai "haa ko datang dekat aku bunuh kau!", ha takde la over teruk sangat cenggitu. Tak ok, tak. Aku lagi prefer ular daripada kucing. Kalau ular yg jenis jinak tu uishh kemain relax chill je bila orang sarungkan rantai berupa ular hidup kat aku. Siap boleh bergambar buat peace senyum sampai nampak rahang gigi pon takpe. Tp takat tu jela, takde la sampai loving gile kat makhluk tu sampai "alolo meh sini timang meh, ala comelnya diaa", no ok!

Taktau kenapa aku memang tak boleh nak gi dengan kucing. Aku lagi rela peluk cium tiang lampu daripada peluk cium kucing. Oh tiang lampu, marilah syg, marilah intan, marilah payung!
"Entah pape la minah ni. Kucing pon takut"
"Wei ni kucing la bukan rimau!"
"Kenapa kau takut kucing eh?"
Rasa nak bom je orang yg suka tanya soalan macam ni kat aku. Ingat aku nak sangat ke takut kucing. I takde pilihan okay tsikk tsikkk *tersedu-sedu nangis sebelah kucing. Aku pon ajaib bin heran, pehal peghangai aku ni pelik semacam. Kadang takut kucing, kadang boleh usap2 belai2, amende kau nie patinn. Lalu aku pon bertanya kepada pakcik google dengan ayat yg berbunyi "kenapa sy takut kucing ya pakcik?"

Jawapan pakcik google sangat mengecewakan sebab dia kate aku ade penyakit Ailurophobia. Penat kite makan makanan berkhasiat hari2 tau, senang2 awak cakap kite berpenyakit *nangis lagi.
Based on information yg pakcik google bagitau, orang takut kucing ni disebabkan beberapa faktor:-
  • Percaya pada tahyul/mitos kucing membawa sial. Choiii. Zaman gadget, zaman Iphone yg belambak2 sekarang ni rasanya dah takde kot orang percaya benda macam ni. Come on la kucing yg comel kau cakap pembawa sial. Uishhhh
  • Tak suka binatang, alergic pada bulu kucing dan kucing dianggap haiwan yg kotor. Hmmm alasan alergic bulu kucing tu boleh terima la tapi yg tang kucing haiwan kotor tu hmmm. Macam tak patut je. Kucing tu antara binatang kesukaan Nabi Muhammad SAW tau. Takkan la nabi suka binatang yg kotor kan. Pikir oi pikir!  
  • Phobia kucing. Ni alasan yg paling logik kot. Phobia. Sebab some people pernah kene cakar, kene gigit, kene kunyah dengan kucing so sebab tu dia phobia. Sama la jugak kes orang takut lipas, takut ulat bulu, takut semut. Oii binatang2 tu kecik cinonet je yg korang takut kenapa?? Tak boleh nak jawab kan soalan tu wahai hatters2 lipas sekalian. Now you feel me!
Tapi pakcik google tak berjaya jawab soalan aku dengan tepat sebab aku langsung tak tersenarai dalam list kategori kat atas tu. Maka aku pon mereka jawapan sendiri. Hmm sebab penyakit keturunan kot haha! Nak kene hempuk dengan keturunan dia agaknya budak ni. Keturunan2 kau semua cat lover, sampai kau je hancuss. Eh tp my mummy jenis biasa2 je dengan kucing takdela pencinta kucing sangat pon. Dia tak suka kucing dekat dengan dia, tp bila kucing ada kat sebelah dia takdela lari sampai tak cukup tanah. You get my point kan? So aku rasa aku spesis macam mummy kot. But my little sister lagi kritikal sebab dia boleh menangis bila tengah makan kat kedai tiba2 kucing datang lepak chill2 bawah kerusi dia. Kucing tu pulak saje dia je golek baring2 bawah tu. Serious annoying gila kucing macam tu!

Kenapa kucing suka dekat orang yg takut kat dia? Jeng jeng jengg pakcik google menjawab
"Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya. Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya"

Lalu aku pon speechless selepas membacanya. Macam berhantu pulak statement tu haha. Okayy as a conclusion, aku bukanlah jenis yg takut kucing sangat pon cuma aku tak suka perbuatan kucing pd manusia. Ko cakap nie patinn apee? Hmmm aku tak suka 'kegiatan' kucing yg suka menggedik gesel2 badan dia kat kaki orang. Manja la kononnya tuh? Huhhh. Dan aku tak suka gejala kucing yg suka lompat2 atas orang. Ha paham? Aku pantang kucing gesel2, lompat terjah2 orang. Memang nak kene sembelih la kalau buat macam tu kat aku. I'm warning you, kucing!

Acai and Luna, kucing2 kesayangan my dad. 

Wednesday, 28 October 2015

Blog tu apa?

Assalamualaikum!

Ha kemain kan tajuk pon nak bubuh question mark. So blog tu apa? In my opinion la kan blog ni salah satu medium untuk orang dapat kan information, dapat kan fakta, dapatkan information auta pon ye jugek. Ada jugak orang jadikan blog sebagai tempat luahan perasaan, tempat tunjuk perasaan and tempat untuk feeling2 perasan. Its depend on how people use it sama ada kearah kebaikan atau sebaliknya. Wallahualam. Da kenapa macam ustazah bagi tazkirah pulak ni. Daripada blog jugak kita boleh gain income. How? Kena la daftar pada pihak yang berkenaan. After that ekau boleh la beronok2 tunggu income masuk. But its depend on berapa ramai orang bukak blog kita. Kalau ramai viewers, banyak la income dapat. Kalau jarang-jarang means sendu la income nya. End of that issue.

Sometimes blog also can be as people's diary. Cerita pasal kisah harian, highlight event, journey of life, kisah bangun duduk tergolek and all those things. Cakap pasal diri sendiri ke patinn? Of course! What blog means to me? Blog is my everything! Emmmm kejap pikir balik. Tak berapa everything sangat la. Hobi untuk mengisi masa lapang mungkin. Ye mungkin. Kewujudan aku dalam dunia blogger ni ade kisah silamnya yang tersendiri dimana telah aku story line kan di awal kemunculan blog ni. Jika anda curious nak tahu, sila la rajinkan diri baca entry tersebut disini. Macam orang kisah sangat je kan? Perasan lebih je dia nih. Eh tapiii kan thats why la aku cakap tadi, sometimes blog jadi tempat orang feeling2 perasan. Nampak tak relation reason tu dengan aku? Haa good! 

Before that, kepada yang terbaca entry2 aku yg lepas tu mohon maaf dipinta diatas bahasa, ayat, tulisan, style dan segala keji-kejian yg ada. Serious malu woi bila baca balik. Rasa macam apehal la aku dulu macam tu. Huwaaghhhh. Style budak baru nak up, tau jela macam mana. *hentak kepala satu kali please! Nak delete rasa macam sayang la pulak. Effort tu aku da tulis berjela2 perah otak tak tidur malam. So takpela keep it as a memories. Cuma tahan malu jela bila orang baca 'kisah2 harem' kau tu kan haha

Okayy what else about blog? Of course the way you present your blog to public. Macam mana tu? Walaupun aku memang suka baca blog orang tapi aku sangat memilih dalam certain hal. Takdela aku belasah baca semua blog orang. Antara benda yg buat aku rasa blog tu menarik adalah;-
  • Gaya penulisan. Aku ni cepat bosan orangnya. So kalau gaya penulisan tu so-so je, macam emmmm, so kurang la minat nak baca. Aku suka baca ayat yg simple, tak complicated, guna bahasa yg not too bombastik, bahasa yg tak buat ko berfikir "ape ko tulis ni", ayat yg santai dan bila kau baca kau rasa nak baca lagi dan lagi. Something like that la. Gaya penulisan kau elok sangat ke patinn? Of course la tak tapi I'll try my best. Ececehh
  • Intipati blog tersebut. Something like pasal sejarah dunia ke pasal fakta ekonomi negara ke pasal awang kenit ke. Bagi aku yg memang suka menyebok nak tahu kisah hidup orang lain, so aku prefer blog yang cerita pasal kehidupan mereka. Its more about life la. How they survived as a student. How their faced problem. Sebab kadang2 daripada situ aku boleh gain pengajaran dan nilai2 murni. Gittuw!
  • Anak yang cumil! Errr apa kaitan anak dalam hal ni? The fact is aku suka tengok anak orang. Sangat suka! So mana2 blogger yang aku dapat detect ada anak comel, memang aku akan follow kisah hidup dorang kau2 punya. Tips nie agak tidak adil bagi yg takde anak atau belum kahwin kan. Takpe kalau anda memenuhi kriteria yang lain, semestinya anda menjadi pilihan saya!
  • Background yang menarik? Aku tak kisah sangat pon pasal background blog ni. Kalau background tiptop tapi intipati kelaut tak guna jugak kan? So tak payah la bersusah payah dok bubuh macam2 dalam blog tu. Liplap sana liplap sini. Makin banyak "side dish' ko letak, makin serabut orang nak baca. So make it simple and nice!
Dannnn antara blogger yang memenuhi citarasa iolls ialah....
Tenterengg terengg terenggg....*kengkonon ada sound effect

Dr Fatin Liyana. The best blogger among the best. First time aku baca blog dia during my degree in semester 1 and I'm totally fall in love with her blog, with her celoteh kat dalam blog and with herself maybe. Jangan pikir lain please? I like the way she are. Dia doktor, cantik, sangat sempoi, humble apa lagi? Puji habis nampak! Well, sumber inspirasi kan! Her husband also a doctor as well. So sweet doctor kawen dgn doktor. Banyak sangat tips/pengalaman/kisah teladan yg dia share. Go and check her blog now and you will know!

Irine Nadia. Blogger dan ibu muda yg comel kepada anak2 yg sangat comel. Aku baca story line dia dari dia study ke tunang lepastu kawen then ada anak sorang pastu ada business sendiri and now anak da dua and I'm still follow her blog. Syahdu kan kesetiaan aku? ;') Suka baca cerita dia as a student at the same time as a preggy woman bersusah payah pergi kelas then become a mom sampai la dia ada butik sendiri, ada tudung baju brand sendiri. Perfect journey of life kan? I is jealous ok! *nangis bawah tangga.

Namee Roslan. First time tau kewujudan blog dia dari kawan. And first entry dia yg aku baca pasal kisah percintaan tanpa restu. Dia suka someone but her parents tak restu. Tragis gila kan? Tapi serious kau akan nampak good things from her story. Dari takde restu kepada dapat restu then kawen after that dapat anak first pastu eh anak da dua and now buat business sendiri. Ehh macam same je flow dengan kisah Irine. Sama tp tak serupa. And now aku suka follow kisah hero2 dia yg comel gilos. Boleh melting tau tengok anak2 dia! *ok nangis depan tangga pulak

Maria Elena. Blogger yg slumber and sempoi gile bagi aku. I know her blog from Fatin Liyana's blog. You know what dia merupakan sister in-law kepada Fatin Liyana. Haaa ada yg tau ada yg tak kan. Haaa aku ni da kenapa excited nak reveal relation orang lain. What the most I like about her blog is I can improved my english because most of her writing was in english. So sambil kita membaca, kita juga belajar sesuatu. So from that I can learn and improve myself from time to time. Understand? Yes? Ok good!

Okayy thats it! Sebenarnya berderet lagi blogger pujaan hati iolls but I've to go la. Jadi kesimpulan yg boleh dibuat ialah everyone can be a blogger! Errrrrr? Ok boleh la tapiii please jadi la blogger yg bertamadun didunia yg semakin bertamadun ini. Jangan dok tulis benda merepek benda merapu, jangan sebarkan berita palsu, jangan buat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri dan jangan memudaratkan diri sendiri disebabkan oleh blog hokayy? Pehh siap dengan pakej nasihat aku bagi. Until we meet again!

Tuesday, 27 October 2015

I'm Back!

Assalamualaikum.
Hai.
Annyeonghaseyo!

Fuhhhh kepala blank kejap taktau nak start macam mana. Hmm how should I start? Come one patinn pikir pikir. My last post was on 8 October 2014 and today is 27 October 2015! It was one year nineteen days later! What happened to you patinn? and suddenly penyakit blur tu datang balik, dont know how to start the story. Oh man! Please someone give me an idea.

Dipendekkan cerita, after my last post on October 2014, I was very busy with my study. Cehhh macam sebelum tu tak busy dengan study je kan. Tak silap last day aku berkecimpung dalam dunia blogger time aku semester 3. After that, semangat 'memblogger' lesap sesat entah ke mana sampailah semangat tu datang balik harini. Yess harini! Lama betul kan spirit 'memblogger' tu sesat. Macam mana spirit tu boleh return back? Jeng jeng jeng....

Now lemme introduced myself again after 1 year 19 days. 
My name still same, sweet and comel as before. The person also is the same as before. I'm talking about the person not physical of the person. My physical? Of course 'semakin bahagia'. Bahagia ok. Bahagia. And the things yang paling difference between dulu dan sekarang adalah........ I'm not a student anymore! I'm just finished my degree on Jun 2015. But the saddest thing is aku punya convocation on Mei 2016. Setahun kena tunggu untuk konvo oii. What the happiest thing la! Bertabahla.

What else? Ok back to reason why I'm back to 'memblogger', tetiba je. mimpi apa kau ni? 3 hours ago,  aku tersangat la khusyuk baca blog Namee Roslan. Actually I love to read blog. Tabiat ni memang da terpupuk dan dipupuk since in degree's life lagi. Tapi since semester 3, since busy dengan assignment/report yang berlambak bertimbun, since busy pegang jawatan sana sini, since stress dengan kehidupan at that time, and since terlalu busy sampai tak sempat nak follow latest episode runningman so aku terpaksa stop kan tabiat-tabiat sampingan seperti membaca blog orang, menstalk orang dan mengganggu hidup orang.

Perasan tak yang berjela paragraph atas ni baru mukadimah reason. Belom isi penting untuk reason tu lagi. Si patinn kan memang suka buat mukadimah panjang2. Ok continue about reason why tadi. Tengah dok baca-baca blog orang, aku pon terfikir.
"Ehh aku ada blog kan?"
"Ehh nama blog tu yang nurfamz nurfamz tu kan"
"Ehh boleh bukak lagi ke blog tu"
"Ehh apa password nak log in blog tu ha?"
"Ehh nak try bukak la blog tu"

Ter ehh sana ter ehh sini kepala otak aku time tu. Then click new tab bukak blog sendiri. Pastu keluar la page blog ni disamping backgroundnya yang acah2 comel. Suddenly penyakit ehhh aku pon datang balik.
"Ehh last post aku setahun yang lepas"
"Ehh pehal dulu aku stop update blog eh"
"Ehh rindunya nak update blog"
"Ehh ramai jugak orang view blog aku disaat tuannya sendiri mengabaikannya"
"Ehh kejap, pehal aku perasan sangat?"

And again ter ehh sana ter ehh sini. Dan tiba2 berazam taknak abaikan blog ni lagi. At least nak update la dua tiga entry dalam satu hari. Okayy tu melampau! Memang la aku takde kerja lain kan. Setelah difikir2, okayy la paling teruk pon dalam sebulan you must post one entry! Must ok. Must! Tu azam baru ye. Azam baru selepas setahun mengabaikan blog ni. Bukan azam sempena tahun baru eh. Okay patinn cuba yang terbaik. Doakan patinn please? Bila update facebook, instagram, wechat, twetter jangan lupa hashtag #prayforpatinn. Ok da kenape. 

Hmm sampai sini jela dulu salam perkenalan semula dari patinn. I'll back with salam perkenalan yang lebih detail lagi. Thank you for reading!