Tuesday, 24 November 2015

Serumah dengan 'penghuni' lain

Pehh tajuk nak scary je kan. A few things before start. First, ni kisah benar dan bukan rekaan, ilusi atau mimpi. Second, hanya sekadar coretan cerita untuk diri sendiri tiada niat untuk menakutkan mana2 pihak. Third, ini bukan blog cerita hantu/mistik/dongeng tapi sekadar entry untuk berkongsi pengalaman. 

Puncak Alam?
"Tempat tu keras weh"
"Jalan kat Puncak Alam gelap weh"
"Ade hantu Mona Fendi kat situ"
Antara ayat2 yg buat kau rasa betapa scary nya 'Puncak Alam'. Kalau tak cukup scary lagi, ce try google. Berderet cerita hantu Palam sana sini. Dan lepas kau da dengar macam2 pasal Palam then kau dapat tahu kau kena pindah kampus kat sana untuk semester terakhir? Please imagin perasaannya macam mana.

So kita orang pon gigih cari rumah sewa memandangkan budak final semester memang susah untuk dapat kolej. Gigih punya gigih finally kita orang dapat sewa rumah teres dua tingkat (3 bilik, 3 tandas). Secara mata kasarnya rumah tu sangat ok. Takdela ada kesan darah ke, ada tangkal ke semua tu takde. Rumah tu sangat normal even first impression kau "wahhh lawanya rumah ni"  dan time first time masuk rumah pon takdela bulu roma naik ke nampak bayang2 ke hape. Takde ok. Cuma keadaan dalam rumah tu agak huru hara, bersepah dan berhabuk sebab penyewa sebelum ni pencinta kekotoran yg tegar. So, hari first ktorang dipenuhi dengan aktiviti pulun membasuh mengemas rumah sental berus mana2 yg patut. 

Kedatangan 'penghuni' itu bermula pada malam tersebut. Malam tu dua housemate aku duduk bawah (yg lain semua kat atas). Fara kat dapur, Pika tengok tv. Nak dijadikan cerita Fara yg tengah dok kat dapur dengar suara orang bagi salam. Dia pon jawab la salam sambil pegi ruang tamu. 
"Eh pika, siapa datang?"
"Mana ada orang datang"
"Aku dengar ada orang bagi salam dari dapur tadi"
"Mana ada orang bagi salam la Fara"
.................

Isnin. Selasa. Rabu. Khamis. Jumaat. Sabtu. Ahad.
Eh takde papepon dengan hari2 tu. Just nak bagitau lepas dari kejadian tu nothing happened at all. Takdela at all sangat. Ada la kena kacau sikit2 tapi not at the same time. Boleh dikatakan semua housemate aku dapat salam perkenalan dari 'dia'. Rentetan cerita ni tak ikot flow sebab aku tak ingat siapa yg kena dulu.

Menyamar.
Malam tu Jannah tengah mandi. Then dia terdengar Fara ketawa mengekek2. Lepas siap mandi Jannah tanya Fara.
"Kenapa kau ketawa tadi?"
"Mana ada aku ketawa"
"Aku dengar kau ketawa tadi"
"Mana ada. Aku main handphone je dari tadi"
................

Banyak kali jugak la 'dia' menyamar guna suara. Ni based on experienced aku sendiri. Aku pernah dengar suara Pika gelak ketawa. Hakikatnya time tu Pika balik kampung. Lagi satu kes, time tu ktorang tengah buat assignment kat ruang tamu, tiba2 aku dengar suara orang bagi salam mendayu2 siap sebut nama aku lagi "Assalamualaikummmmmmm, Fatinnnnnn..". Yg peliknya dalam ramai2, dua orang je yg dengar suara tu. Hmmm. Kes2 jelmaan suara macam ni happened a few times jugak la but so far semua tak memudaratkan dan di tahap yg terkawal.

Kisah yg paling scary bila 'dia' menjelma jadi something and this was happened to my roommate. Ktorang tidur 3 orang satu bilik, Nak dijadikan cerita tengah malam tu Bella terbangun and nampak Anis tengah duduk melunjur atas tilam sambil kepala tunduk. Tapi Bella tak tegur dan terus tidur. Esoknya dia tanya la Anis kenapa dia tidur duduk, kenapa tak baring. Dan jawapan dari Anis sangat membuatkan ktorang rasa nak pindah rumah. Apa Anis jawab? 
"Aku tidur kat depan tv la semalam dengan Nadrah, ktorang tak naik bilik"
"Aku nampak kau ada la kat atas"
"Yg kau nampak tu Fatin kot"
"Fatin aku nampak tengah baring tidur. Kau tengah tidur duduk"
................

Tu jelmaan yg paling klimaks gile la bagi ktorg sebab 'dia' da berani munculkan diri. Tapi nasib baik dia tak tunjuk muka. Tu memang nasib baik gile la kan. So dari cerita2 ni ktorang buat kesimpulan 'dia' yg selalu main2 dengan ktorang tu mungkin Islam sebab mostly 'dia' main dengan ktorang dengan bagi salam. Dan 'dia' mungkin spesis baik sebab 'dia' cuma kacau yg ringan2 je dengan ktorang. Sepanjang duduk rumah tu alhamdulillah no histeria, no gangguan yg dashyat, no trauma dan takdela insiden panggil ustaz tengah malam ke hape. Thanks Allah! Sebab tu aku cakap mungkin 'dia' spesis baik yg tahu ktorang datang situ untuk belajar demi segulung ijazah yiihaaaa! *tetiba

So thats all cerita yg not that scary but pengalaman yg takkan dilupakan. Yela, satu semester serumah dengan 'penghuni' lain, can u imagin that? But alhamdulillah ktorang survived for 6 months! Actually 'benda' tu ada je kan kat mana2. Cuma kita kena pandai2 behave kat mana je kita berada. Sebab tu orang tua selalu cakap kena sentiasa beringat lagi2 kat tempat baru, jangan cakap besar, solat jangan tinggal, baca quran, doa minta perlindungan dari Allah. Dan itu jugak la yg ktorang amalkan. Aku percaya selagi hubungan kita dengan Allah terjaga, takde apa yg perlu dirisaukan sebab Dia sentiasa ada untuk jaga kita :)

Saturday, 14 November 2015

Fresh graduate

Fresh graduate susah nak dapat kerja? Fresh graduate takde pengalaman bekerja? Fresh graduate kerja tanam anggur kat rumah? Fresh graduate itu, fresh graduate ini.

Time aku belum memegang title as a 'fresh graduate', selalu dengar macam2 gosip pasal FG seolah2 teruk sangat kehidupan lepas habis belajar. Biasalah kawan2 yg penghangai macam mak jemah ni kan sangat la potpet potpet, dihuru hara kan mind set aku dengan kata2 yg sangat melunturkan semangat.
"kalau ko tak perform time study, memang susah weh nak dapat keje!"
"jiran nenek aku punya anak yg dekan setiap sem tu pon susah dapat kerja tau. Ni kan pulak engko yg pointer ciput" *ok ayat last tu aku sambung sendiri
"kalau ko nak kerja kat company ****, pointer kau kene 3.5 ke atas doh!' 

Tak ke setegheh kalau hari2 dengar ayat2 berupa syaitonnirrajim ni. Sampai kadang2 rasa macam tolong la lambat lagi habis belajar, tolong la. haha orang nak cepat habis belajar, dia nak lambat pulak. Haa engko pegi la repeat same paper tiga sem berturut2 nescaya engko kena buang unibesiti serta merta dan takdela engko dapat title FG tu. Tapi bak kata lecturer aku pulak "Kalau awak dapat anugerah dekan setiap sem pon tapi kalau awak tak aktif koko, takde soft skill tak guna jugak. Sia2 je anugerah dekan awak tu sebab company sekarang lebih pentingkan hal2 'side dish' macam tu."

Maka aku pon stress sendiri. Apa yg engkorang nak sebenarnya haaa? Argghhhh *menjerit kat penjuru bangunan tingkat atas sekali.


Semangat baru!
After muhasabah diri sendiri, yes I need to change myself and be the best among the best! Penuh semangat la kononnya tuh? Dan setelah berhempas pulas selama 3 tahun and now I did it! Maka aku pon mendapat gelaran FG secara rasminya. How my life as a fresh gradute? Two months after habis belajar, aku kena jaga my aunt yg baru lepas operation. And at that time pon aku memang tak apply mana2 job kerana perasaan ingin rehat bergolek gelantang kat rumah sangat membuak2 ketika itu. After two months tu baru aku terhegeh2 google kerja kosong sana sini. Dan baru la terkulat2 daftar jobstreet, jobcenter, segala jenis jobjob la.

Mission cari kerja bermula!
Banyak benda yg terpaksa aku fikirkan before nak apply kerja. Nak pegi kerja naik apa nanti? Area situ ada public transport ke? Gaji dia nak offer berapa hengget? Apa je kerja aku kena buat untuk position ni? Dan aku sangat bengang bila bermonolog sendiri tanpa ada jawapan -_- 

And one more thing, masalah utama aku adalah transportation! Sy fresh graduate yg ada lesen kereta tapi tidak punya motokar sendiri. Jadi apa guna ada lesen? Disimpan rapi dengan eloknya dalam purse ni ha. Sy bukan dari keluarga yg 'pappp nah kereta audi sebiji bapak hadiah kan engko ye nak'. No okayy. Aku pon tak mengharapkan benda tu sangat sebab udah2 le kau susahkan parents time belajo. Belajar la berdikari sikit. *tp kalau betul2 dapat kereta sebijik mungkin aku tak tolak sebab kita juga manusia biasa yg tak reti tolak rezeki haha. Ok da jaoh terpesong cerita aku.

Memandangkan banyak sangat benda toknenek tula la aku tak boleh tangkap muat apply kerja merata. Dan pada awalnya aku la antara manusia yg benci untuk di interview. Sampai terfikir takde ke kerja yg terus diterima tanpa perlu bersua muka tanya itu ini? Lalu aku pon bermonolog lagi dalam hati kau ingat company dalam Malaysia ni abah kau punya? *menangis teresak2 serupa mak esah lagi. 

Atas alasan nak dapat pengalaman interview dan percaya pada istilah 'kot2 ada rezeki', aku pon pegi open interview kat satu bank ditemani oleh kawan unibesitiku. Sebenarnya dia yg ajak dulu tapi aku macam alaa takpela ko pegi je sorang2, aku ada hal. Tapi tiba2 weh jom ah pegi interview sama2. Dan sepanjang on the way tu, aku punya gabra punya takot macam nak amek spm oii. Kawan aku tu pulak boleh lek2 chill je sebab dia da banyak pengalaman interview, hampeh betul. But on that day, everything went well je. Takde apa yg perlu digerunkan pon sebenarnya. Just go through je semua dengan penuh keyakinan. Yeahhh!

Start from that aku gigih pergi interview sana sini. Dari company yg well known kepada company yg biasa2 je semua aku bedal. So how the result? Alhamdulillah kebanyakan company yg aku pegi interview semua bagi respond positive. Cuma timbul a few problems yg berpunca dari aku sendiri. What kind of problem? Kos sara hidup, kos transportation, kos makan minum untuk cacing dalam perut nih, kos masa, kos kena balik sampai lewat malam, 'kos' parents tak bagi kerja kat company tu and all those ipar duai kos la. Tambah tolak darab bahagi segala kos2 tu tak berbaloi dengan salary yg ditawarkan. Ni bukan masalah demand belagak tapi its totally about cost! Percayalah. Biasalah awal2 dulu semua kerja nak diapply, excited la kononnya. So kalau korang taknak rasa kerugian/frust menonggeng seperti ku maka pertimbangkan kan la a few things before kau apply kerja tu macam yg pernah aku share kan disini. In shaa Allah korang takkan berdepan dengan dilema yg tiada kesudahan sepertiku. *sigh

Jadi semoga berjaya kepada job seekers sekalian. Dan kepada insan setitle ku, dont give up okay! Allah dah tetapkan rezeki masing2 sebelum kita lahir lagi. Kalau da tertulis itu rezeki kau, ia tetap milik kau. Believe in that okay? *sebab kepercayaan ni jugak yg buat aku kembali rasional disaat aku down. Someone told me "Rezeki sentiasa ada buat manusia yg ikhlas usaha dan tak henti berdoa pada Allah. Jangan takut, rezeki semuanya datang dari Dia". Da macam tazkirah pulak kan part last ni hihi. Akhir kata, wake up everyone and semangat!!

Wednesday, 11 November 2015

Tips apply kerja untuk fresh graduate

Anda fresh graduate? Anda menghadapi masalah dalam mencari kerja? Saya boleh membantu anda. Tunggu apa lagi, tekan ON FRESH GRADUATE hantar ke 32999 sekarang. Yes sekarang juga.
Haha oii jangan buat betul2, handphone ko kena virus kang.

Sebagai fresh graduate yg sendu beribu bahasa, aku tersangat la paham perasaan dan masalah yg dihadapi oleh manusia2 seperti ku ini. Jadi sebagai insan yg ada la serba sikit ilmu duniawi meskipun tak seberapa ilmunya, sudilah kiranya anda membaca tips ini bagi mendapatkan gambaran yg lebih pheww! *da kenape
Okayy sebenarnya sebagai freshie dalam industri perkerjaan, (penggunaan bahasa perlulah umphhh untuk mendapatkan impak yg lebih) banyak sangat benda yg perlu dititik beratkan untuk cari kerja. Lemme list one by one okayy


  1. Tempat kerja. Cari kerja kat tempat yg kau betul2 boleh pegi dengan kudrat tulang empat kerat kau. Kalau rasa tempat kerja jauh dari tempat tinggal and you dont even know macam mana nak pegi kerja nanti so jangan gatal2 nak apply for that job. Stay kat Selangor tapi apply keje kat Johor. Abah kau!
  2. Apply kerja yg ada kaitan dengan kelulusan dan course. Jangan la kelulusan degree tapi hangpa bantai apply kerja untuk kelulusan PHD. Memang sampai kesudah tak dapat kerja. Relation between what course you are taken and what job you apply pon penting dan ianya perlulah bergerak seiring dan sejalan. But depends on what kind of job jugak la. Kalau kerja bahagian management tu kebanyakan course boleh ngam. Cuma candidates yg ada background management akan diberi keutamaan. Jangan la course account tp apply kerja doktor gigi. Songsang kemain impian cita2 hekau tu kak oii
  3. Baca job requiremenst betul2. Required languange, required skills, umur, mobilized ke tak, working location kat mana and semua tok nenek tu. Kalau kau lebih banyak tak memenuhi kriteria yg diperlukan, better kau chaulobeteh awal2. 
  4. Working Experienced! Ni la masalah besar kepada insan2 fresh graduate, Sebab most of job and company nak kita punya working experienced bekerja dalam bidang yg sama. Experienced part time as promoter yg time dolu2 tu in sha Allah dia pandang sebelah mata je. Apa yg aku buat untuk tangani masalah ni? Aku still apply tapii apply kerja yg nak working experienced dalam dua tiga tahun jela. Kalau dia nak working experienced 4 5 tahun maka dipersilakan say babai to that job. Engkorang pon tengok2 la jugak position yg di apply tu. Makin tinggi position makin lama la experienced dia mintak. Fresh graduate tp apply position senior executive gaji 5000++. Tu memang melampau la namanya.
  5. Baca job descriptions betul2. Engko mampu tak buat kerja2 yg diperlukan. Kalau rasa boleh go dengan kerja2 tu then dengan segala hormatnya dipersilakan apply. Tapi kalau rasa kerja2 tu di luar kemampuan kau, maka jangan la berlagak riak takbur pegi apply jugak. Jangan memalukan diri sendiri okayy.
  6. Gaji! Kita ada hak untuk demand for better and better salary. Wahh mata duitan patinn ye! But it also depends on certain things la. Macam kelulusan, position, company. Malaysia da tetapkan standard salary for each kelulusan. So kalau company tu offer gaji below than your expected salary, you have the right to demand for that. Tapi tapi tapii sebagai fresh graduate yg berbudi bahasa bersopan santun lagi lemah lembut, jangan demand pasal gaji please. Memang la kita nak gaji yg sepatotnya tp kadang2 kena sedar diri sikit kot. Sebagai freshie, kerja apa je yg ko mampu buat dengan gaji 2000++? Dalam hal ni ko kena pikir rasional sikit ok? Selalunya basic salary untuk fresh graduate degree dalam 1500++. Dan amount tu akan naik from time to time depends on your performance. Lagi satu pasal gaji ni, buat la congak matematik sikit before apply. Berbaloi tak gaji tu dengan cost kau nak pergi kerja, duit makan, duit shopping, duit nak bg parents, duit nak belanja girlfriend, duit nak saving, duit nak bayar hutang. Nampak remeh tapi tersangat la penting untuk masa depan.
  7. 'Fresh graduate encourage to apply'. Aku sangat teruja bila ayat berupa begini ada dalam job descriptions. Rasa macam baiknya engko tak menganak tirikan insan2 fresh graduate. Disaat company lain sebok nak working experienced at least 20 years, 50 years, tapi tidak di company mu. Aiyebiu la company2 macam ni. Maka sila lah beri perhatian kepada ayat ini okay geng2 fresh graduate ku!
  8. Application dateline. Sepatotnya ni la benda ko kena jeling awal2. Tak ke frust bila kau da khusyuk layan baca detail2 job tu, hati pon da berkenan habis, da isi form semua dan tetibe tengok expired date da setahun lepas. What a sad story la bro!
  9. Double check. Bila rasa da lulus dengan job decsriptions, da isi form, attach resume semua da perfect then dengan gembira bahagianya sent la job application tu. Dan tunggu la respond dari mereka untuk dipanggil interview. By the way before nak apply tu please double check your resume, the details and spelling as well. Bak kata lecturer aku, some company sangat dengki dengan kesalahan2 kecil such spelling, turutan nombor, huruf besar/huruf kecik dan dijadikan sebagai alasan untuk tak hire kita. So as precaution make sure tiptop kan hal2 seremeh itu.
  10. Tunggu respond company. Akan ada tiga kemungkinan. First company respond reply by email atau call untuk panggil interview. Second, company reply tapi just nak inform position yg ko apply dah tak available. Last, no reply, no call, no respond. So maksodnya sendiri mau paham la, diibaratkan macam 'nombor yg anda dail tiada dalam perkhidmatan, sila cuba lagi'.
  11. Interview. Kalau kena panggil interview, better pegi la. Kalau tak dapat kerja kat situ pon at least kau gain experience di interview kat company tu. Lain company lain cara interview nya. Serious I cakap. So at  the end kau akan dapat macam2 bentuk interview. (macam dalam buku cakap, interview ada banyak bentuk. Baring, duduk, tergolek semua kau da lalui). Tapi kalau kau memang tak boleh attend interview tu, inform company berkenaan yg ko tak boleh pegi interview dan sertakan sebab2 yg munasabah so that nanti nama kau takdela di blacklist dimasa akan datang. Gittuw!
  12. Final decision. Lepas interview, company perlukan masa seminggu ke dua minggu kadang2 berbulan2 (berbulan tu kalau kes yg dia tak statekan apa2) untuk buat keputusan sama ada berjaya atau tak. Kalau berjaya, dengan berbesar hatinya silalah melapor diri. Kalau berjaya tapi taknak pegi, (ade choice lain ke hape) silalah mengsopan santunkan diri anda inform that company yg kau reject offer dia atas sebab2 yg terpaksa dirahsiakan. Nescaya company tu pon akan blacklist nama kau secara rahsia juga.
Habis la sudah step what should you do from A to Z. Selagi tak dapat kerja yg memenuhi citarasa, selagi tula kau kena ulang same things again and again sampai mission kau berjaya. Semoga tips yg tak seberapa ni berguna untuk kejayaan career masa depan anda! Okiess renung-renungkan dan selamat beramal :)