Time aku belum memegang title as a 'fresh graduate', selalu dengar macam2 gosip pasal FG seolah2 teruk sangat kehidupan lepas habis belajar. Biasalah kawan2 yg penghangai macam mak jemah ni kan sangat la potpet potpet, dihuru hara kan mind set aku dengan kata2 yg sangat melunturkan semangat.
"kalau ko tak perform time study, memang susah weh nak dapat keje!"
"jiran nenek aku punya anak yg dekan setiap sem tu pon susah dapat kerja tau. Ni kan pulak engko yg pointer ciput" *ok ayat last tu aku sambung sendiri
"kalau ko nak kerja kat company ****, pointer kau kene 3.5 ke atas doh!'
Tak ke setegheh kalau hari2 dengar ayat2 berupa syaitonnirrajim ni. Sampai kadang2 rasa macam tolong la lambat lagi habis belajar, tolong la. haha orang nak cepat habis belajar, dia nak lambat pulak. Haa engko pegi la repeat same paper tiga sem berturut2 nescaya engko kena buang unibesiti serta merta dan takdela engko dapat title FG tu. Tapi bak kata lecturer aku pulak "Kalau awak dapat anugerah dekan setiap sem pon tapi kalau awak tak aktif koko, takde soft skill tak guna jugak. Sia2 je anugerah dekan awak tu sebab company sekarang lebih pentingkan hal2 'side dish' macam tu."
Maka aku pon stress sendiri. Apa yg engkorang nak sebenarnya haaa? Argghhhh *menjerit kat penjuru bangunan tingkat atas sekali.
Semangat baru!
After muhasabah diri sendiri, yes I need to change myself and be the best among the best! Penuh semangat la kononnya tuh? Dan setelah berhempas pulas selama 3 tahun and now I did it! Maka aku pon mendapat gelaran FG secara rasminya. How my life as a fresh gradute? Two months after habis belajar, aku kena jaga my aunt yg baru lepas operation. And at that time pon aku memang tak apply mana2 job kerana perasaan ingin rehat bergolek gelantang kat rumah sangat membuak2 ketika itu. After two months tu baru aku terhegeh2 google kerja kosong sana sini. Dan baru la terkulat2 daftar jobstreet, jobcenter, segala jenis jobjob la.
Mission cari kerja bermula!
Banyak benda yg terpaksa aku fikirkan before nak apply kerja. Nak pegi kerja naik apa nanti? Area situ ada public transport ke? Gaji dia nak offer berapa hengget? Apa je kerja aku kena buat untuk position ni? Dan aku sangat bengang bila bermonolog sendiri tanpa ada jawapan -_-
And one more thing, masalah utama aku adalah transportation! Sy fresh graduate yg ada lesen kereta tapi tidak punya motokar sendiri. Jadi apa guna ada lesen? Disimpan rapi dengan eloknya dalam purse ni ha. Sy bukan dari keluarga yg 'pappp nah kereta audi sebiji bapak hadiah kan engko ye nak'. No okayy. Aku pon tak mengharapkan benda tu sangat sebab udah2 le kau susahkan parents time belajo. Belajar la berdikari sikit. *tp kalau betul2 dapat kereta sebijik mungkin aku tak tolak sebab kita juga manusia biasa yg tak reti tolak rezeki haha. Ok da jaoh terpesong cerita aku.
Memandangkan banyak sangat benda toknenek tula la aku tak boleh tangkap muat apply kerja merata. Dan pada awalnya aku la antara manusia yg benci untuk di interview. Sampai terfikir takde ke kerja yg terus diterima tanpa perlu bersua muka tanya itu ini? Lalu aku pon bermonolog lagi dalam hati kau ingat company dalam Malaysia ni abah kau punya? *menangis teresak2 serupa mak esah lagi.
Atas alasan nak dapat pengalaman interview dan percaya pada istilah 'kot2 ada rezeki', aku pon pegi open interview kat satu bank ditemani oleh kawan unibesitiku. Sebenarnya dia yg ajak dulu tapi aku macam alaa takpela ko pegi je sorang2, aku ada hal. Tapi tiba2 weh jom ah pegi interview sama2. Dan sepanjang on the way tu, aku punya gabra punya takot macam nak amek spm oii. Kawan aku tu pulak boleh lek2 chill je sebab dia da banyak pengalaman interview, hampeh betul. But on that day, everything went well je. Takde apa yg perlu digerunkan pon sebenarnya. Just go through je semua dengan penuh keyakinan. Yeahhh!
Start from that aku gigih pergi interview sana sini. Dari company yg well known kepada company yg biasa2 je semua aku bedal. So how the result? Alhamdulillah kebanyakan company yg aku pegi interview semua bagi respond positive. Cuma timbul a few problems yg berpunca dari aku sendiri. What kind of problem? Kos sara hidup, kos transportation, kos makan minum untuk cacing dalam perut nih, kos masa, kos kena balik sampai lewat malam, 'kos' parents tak bagi kerja kat company tu and all those ipar duai kos la. Tambah tolak darab bahagi segala kos2 tu tak berbaloi dengan salary yg ditawarkan. Ni bukan masalah demand belagak tapi its totally about cost! Percayalah. Biasalah awal2 dulu semua kerja nak diapply, excited la kononnya. So kalau korang taknak rasa kerugian/frust menonggeng seperti ku maka pertimbangkan kan la a few things before kau apply kerja tu macam yg pernah aku share kan disini. In shaa Allah korang takkan berdepan dengan dilema yg tiada kesudahan sepertiku. *sigh
Jadi semoga berjaya kepada job seekers sekalian. Dan kepada insan setitle ku, dont give up okay! Allah dah tetapkan rezeki masing2 sebelum kita lahir lagi. Kalau da tertulis itu rezeki kau, ia tetap milik kau. Believe in that okay? *sebab kepercayaan ni jugak yg buat aku kembali rasional disaat aku down. Someone told me "Rezeki sentiasa ada buat manusia yg ikhlas usaha dan tak henti berdoa pada Allah. Jangan takut, rezeki semuanya datang dari Dia". Da macam tazkirah pulak kan part last ni hihi. Akhir kata, wake up everyone and semangat!!
No comments:
Post a Comment