Ha kemain kan tajuk pon nak bubuh question mark. So blog tu apa? In my opinion la kan blog ni salah satu medium untuk orang dapat kan information, dapat kan fakta, dapatkan information auta pon ye jugek. Ada jugak orang jadikan blog sebagai tempat luahan perasaan, tempat tunjuk perasaan and tempat untuk feeling2 perasan. Its depend on how people use it sama ada kearah kebaikan atau sebaliknya. Wallahualam. Da kenapa macam ustazah bagi tazkirah pulak ni. Daripada blog jugak kita boleh gain income. How? Kena la daftar pada pihak yang berkenaan. After that ekau boleh la beronok2 tunggu income masuk. But its depend on berapa ramai orang bukak blog kita. Kalau ramai viewers, banyak la income dapat. Kalau jarang-jarang means sendu la income nya. End of that issue.
Sometimes blog also can be as people's diary. Cerita pasal kisah harian, highlight event, journey of life, kisah bangun duduk tergolek and all those things. Cakap pasal diri sendiri ke patinn? Of course! What blog means to me? Blog is my everything! Emmmm kejap pikir balik. Tak berapa everything sangat la. Hobi untuk mengisi masa lapang mungkin. Ye mungkin. Kewujudan aku dalam dunia blogger ni ade kisah silamnya yang tersendiri dimana telah aku story line kan di awal kemunculan blog ni. Jika anda curious nak tahu, sila la rajinkan diri baca entry tersebut disini. Macam orang kisah sangat je kan? Perasan lebih je dia nih. Eh tapiii kan thats why la aku cakap tadi, sometimes blog jadi tempat orang feeling2 perasan. Nampak tak relation reason tu dengan aku? Haa good!
Before that, kepada yang terbaca entry2 aku yg lepas tu mohon maaf dipinta diatas bahasa, ayat, tulisan, style dan segala keji-kejian yg ada. Serious malu woi bila baca balik. Rasa macam apehal la aku dulu macam tu. Huwaaghhhh. Style budak baru nak up, tau jela macam mana. *hentak kepala satu kali please! Nak delete rasa macam sayang la pulak. Effort tu aku da tulis berjela2 perah otak tak tidur malam. So takpela keep it as a memories. Cuma tahan malu jela bila orang baca 'kisah2 harem' kau tu kan haha
Okayy what else about blog? Of course the way you present your blog to public. Macam mana tu? Walaupun aku memang suka baca blog orang tapi aku sangat memilih dalam certain hal. Takdela aku belasah baca semua blog orang. Antara benda yg buat aku rasa blog tu menarik adalah;-
- Gaya penulisan. Aku ni cepat bosan orangnya. So kalau gaya penulisan tu so-so je, macam emmmm, so kurang la minat nak baca. Aku suka baca ayat yg simple, tak complicated, guna bahasa yg not too bombastik, bahasa yg tak buat ko berfikir "ape ko tulis ni", ayat yg santai dan bila kau baca kau rasa nak baca lagi dan lagi. Something like that la. Gaya penulisan kau elok sangat ke patinn? Of course la tak tapi I'll try my best. Ececehh
- Intipati blog tersebut. Something like pasal sejarah dunia ke pasal fakta ekonomi negara ke pasal awang kenit ke. Bagi aku yg memang suka menyebok nak tahu kisah hidup orang lain, so aku prefer blog yang cerita pasal kehidupan mereka. Its more about life la. How they survived as a student. How their faced problem. Sebab kadang2 daripada situ aku boleh gain pengajaran dan nilai2 murni. Gittuw!
- Anak yang cumil! Errr apa kaitan anak dalam hal ni? The fact is aku suka tengok anak orang. Sangat suka! So mana2 blogger yang aku dapat detect ada anak comel, memang aku akan follow kisah hidup dorang kau2 punya. Tips nie agak tidak adil bagi yg takde anak atau belum kahwin kan. Takpe kalau anda memenuhi kriteria yang lain, semestinya anda menjadi pilihan saya!
- Background yang menarik? Aku tak kisah sangat pon pasal background blog ni. Kalau background tiptop tapi intipati kelaut tak guna jugak kan? So tak payah la bersusah payah dok bubuh macam2 dalam blog tu. Liplap sana liplap sini. Makin banyak "side dish' ko letak, makin serabut orang nak baca. So make it simple and nice!
Dannnn antara blogger yang memenuhi citarasa iolls ialah....
Tenterengg terengg terenggg....*kengkonon ada sound effect
Dr Fatin Liyana. The best blogger among the best. First time aku baca blog dia during my degree in semester 1 and I'm totally fall in love with her blog, with her celoteh kat dalam blog and with herself maybe. Jangan pikir lain please? I like the way she are. Dia doktor, cantik, sangat sempoi, humble apa lagi? Puji habis nampak! Well, sumber inspirasi kan! Her husband also a doctor as well. So sweet doctor kawen dgn doktor. Banyak sangat tips/pengalaman/kisah teladan yg dia share. Go and check her blog now and you will know!
Irine Nadia. Blogger dan ibu muda yg comel kepada anak2 yg sangat comel. Aku baca story line dia dari dia study ke tunang lepastu kawen then ada anak sorang pastu ada business sendiri and now anak da dua and I'm still follow her blog. Syahdu kan kesetiaan aku? ;') Suka baca cerita dia as a student at the same time as a preggy woman bersusah payah pergi kelas then become a mom sampai la dia ada butik sendiri, ada tudung baju brand sendiri. Perfect journey of life kan? I is jealous ok! *nangis bawah tangga.
Namee Roslan. First time tau kewujudan blog dia dari kawan. And first entry dia yg aku baca pasal kisah percintaan tanpa restu. Dia suka someone but her parents tak restu. Tragis gila kan? Tapi serious kau akan nampak good things from her story. Dari takde restu kepada dapat restu then kawen after that dapat anak first pastu eh anak da dua and now buat business sendiri. Ehh macam same je flow dengan kisah Irine. Sama tp tak serupa. And now aku suka follow kisah hero2 dia yg comel gilos. Boleh melting tau tengok anak2 dia! *ok nangis depan tangga pulak
Maria Elena. Blogger yg slumber and sempoi gile bagi aku. I know her blog from Fatin Liyana's blog. You know what dia merupakan sister in-law kepada Fatin Liyana. Haaa ada yg tau ada yg tak kan. Haaa aku ni da kenapa excited nak reveal relation orang lain. What the most I like about her blog is I can improved my english because most of her writing was in english. So sambil kita membaca, kita juga belajar sesuatu. So from that I can learn and improve myself from time to time. Understand? Yes? Ok good!
Okayy thats it! Sebenarnya berderet lagi blogger pujaan hati iolls but I've to go la. Jadi kesimpulan yg boleh dibuat ialah everyone can be a blogger! Errrrrr? Ok boleh la tapiii please jadi la blogger yg bertamadun didunia yg semakin bertamadun ini. Jangan dok tulis benda merepek benda merapu, jangan sebarkan berita palsu, jangan buat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri dan jangan memudaratkan diri sendiri disebabkan oleh blog hokayy? Pehh siap dengan pakej nasihat aku bagi. Until we meet again!
No comments:
Post a Comment